Belajar Spanish aka Spanglish
Ada sorang makcik nih, nama on-line di El Rincon de Paloma. Asal Barcelona, Catalunya, Spain. Dia salah sorang dari frequent visitor kat blog Ribbon Embroidery. Ada la dia bagi 2-3 komen. Yang bestnya, dia tak translate pun ke English ke Bahasa Malaysia ke. Dia bantai cakap Spanish dia. Mula-2 tu malasla nak layan, tak reti. Tapi pikir semula apa guna internet, maka berkenalan lah dengan Yahoo!Babelfish. Kalu ikut translate dia lepas kot tapi biasalah mana-2 bahasa pun nahu dia kena betul. Cakap Spanish guna nahu Englis maka jadilah macam tajuk kat atas nu… Spanglish.
Ada gak try masuk blog dia, woi.. gila apa nak translate the whole blog. Agak-2 laa… Dia ni lebih kurang artist la jugak (tapi bukan pelakon/penyanyi) banyak buat embroidery, nyah banyak lagi yang abah tak paham. Ok jugak la Mak ada peminat dari belah Europe sana. Kalu senang nak gi berjalan, buleh contact ye tak? Harus sorang cakap ayam, sorang cakap itik. Anyway, kurang-2 buleh le belajar Spanish ooppss.. sori Spanglish.
Kalu nak belajar yang betul kena la masuk kelas. Nak belajar? Meh ler daftar…
Luka pada selaput mata.
Kesian Aisya.
1st day ke klinik, Dr. kesan ada asthma, buleh la 3 jenis ubat (Selsema/allahan + Ventolin + nebulizer kat klinik 2 kali sehari). Tambah tonsil bengkak, 2 ubat (Zithromax antibiotik + Leftose syrup untuk surut bengkak). Malam gi klinik nebulizer sekali.
2nd day jumpa Doc, tak buat nebulizer pasal Dr. kata asthma dia dah agak ok tapi detect ada kahak dalam paru-2, buleh Bisolvon syrup untuk cair kahak.
3rd day ke Kemaman, niat nak dapatkan reference letter untuk Aisya jumpa Specialist. Tapi Dr yang kitaorang nak jumpa tu tak kerja, emergency kot?
4th day Aisya kata dia tak buleh buka mata masa bangun pagi. Lepas mandi still sama, Aisya macam tak buleh dengan cahaya tak kira la cahaya tv ke lampu ke even matahari. Kitorang dah start gelabah. Straight gi klinik (masa tu pun dah lebih pada pukul 8 am, mujur Dr dah ada. Even Dr pun macam gelabah juga pasal dia kata takut gangguan saraf. Kitorang lagi la gelabah. Terus dapat surat refer ke KSH jumpa Pakar Mata. Recommendation, hantar immediately.
Klinik Quah, detect ada kesan luka dan sudah dijangkiti virus. That’s it, kalau apa-apa hal terjadi pada Aisya, BLAME ON US! We haven’t prepare for anything like this. Terlalu cuai, maknga, clumsy…
Dr bagi ubat titis mata (Alcon TOBREX 0.3% eye drop) dan prescribe ointment (Zovirax 4.5g beli kat Voon Pharmacy). Dr kata kena bagi ubat 4 kali sehari selama seminggu. Next appointment on 24th Feb.

My little pink panther …
Aisya kena asthma

Sebenarnya dah seminggu mata kiri Aisya asyik berair dan merah. Tapi tak tahu kenapa cuai sangat, langsung tak terlintas nak bawak g klinik. Ingatkan alergicnya macam biasa. Pastu semalam, balik dari kelas menyulam mak, Aisya makin teruk. Badannya lemah longlai, nampak macam letih sangat.Masa kat kelas nyulam tu Aisya dua kali terhantuk sekali kepalanya kena kerusi lebam biru kat dahi sekali lagi kaki tersandung muka terhentak kat meja, berdarah kat bibir. balik rumah lepas makan tengahari dia terus tertidur.
Malam tadi pulak aisya tidur awal, selalunya kalau siang dia dah tidur malam puas bersuruh baru nak tidur. Tapi malam tadi tak…lepas je makan terus dia tertidur. Dan tidurnya tu langsung tak lena, asyik batuk2 aje… bergilir2 dengan Abang Haikal.
Dan, pagi tadi, sebelum hantar g sekolah, dah ingat dah bila Aisya balik sekolah nanti nak bawak g klinik terus. Semalam kawan2 kat kelas menyulam ada sarankan try KlinikĀ Awana. Tapi rupanya tak sempat tunggu Aisya balik sebabnya Aisya just g hantar weekend homeworknya aje.. badanya dah tak berdaya benar. Lepas je sarapan terus bawa ke klinik tu. Dan, as a result… CONFIRM AISYA KENA ASTHMA!!!. Tonsilnya juga bengkak. Lepas sedikit discussion dengan doktor dapat persetujuan untuk hantar Aisya ngan Haikal jumpa specialist hari jumaat nanti.
Sementara tu life akan sedikit berubah macam masa Haikal kena lelah dulu semuanya nak kena jaga, nak kena bersih. ingatkan bila Haikal dah sembuh about setahun lepas kami boleh hidup macam org lain. Rupanya tak.. tak apalah ini ujian untuk kami semua… kami redha.. cumanya hati ni sayu sangat lebih2 lagi bila terpaksa usung anak2 ni malam2 hari g klinik untuk sedut. Masa abang Haikal dulu memang teruk, hopefully Aisya tak sampai tahap tu… apa2 pun kami kenalah berjaga2 bermula dari sekarang.
Sesungguhnya Allah itu amat menyayangi kami, DIA tidak beri kami peluang untuk terleka… adat manusia ni masa senang dia akan lupa segalanya termasuklah kepadaNYA. Tapi bila berdepan dengan masalah baru nak ingatkan Allah. semoga kami tidak termasuk dalam golongan itu. Amin
-
Archives
- May 2009 (1)
- March 2009 (1)
- February 2009 (3)
- September 2008 (2)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS