Hari ini…

Cerita kami…

Aisya kena asthma

dscn0441

Sebenarnya dah seminggu mata kiri Aisya asyik berair dan merah. Tapi tak tahu kenapa cuai sangat, langsung tak terlintas nak bawak g klinik. Ingatkan alergicnya macam biasa. Pastu semalam, balik dari kelas menyulam mak, Aisya makin teruk. Badannya lemah longlai, nampak macam letih sangat.Masa kat kelas nyulam tu Aisya dua kali terhantuk sekali kepalanya kena kerusi lebam biru kat dahi sekali lagi kaki tersandung muka terhentak kat meja, berdarah kat bibir. balik rumah lepas makan tengahari dia terus tertidur.

Malam tadi pulak aisya tidur awal, selalunya kalau siang dia dah tidur malam puas bersuruh baru nak tidur. Tapi malam tadi tak…lepas je makan terus dia tertidur. Dan tidurnya tu langsung tak lena, asyik batuk2 aje… bergilir2 dengan Abang Haikal.

Dan, pagi tadi, sebelum hantar g sekolah, dah ingat dah bila Aisya balik sekolah nanti nak bawak g klinik terus. Semalam kawan2 kat kelas menyulam ada sarankan try KlinikĀ  Awana. Tapi rupanya tak sempat tunggu Aisya balik sebabnya Aisya just g hantar weekend homeworknya aje.. badanya dah tak berdaya benar. Lepas je sarapan terus bawa ke klinik tu. Dan, as a result… CONFIRM AISYA KENA ASTHMA!!!. Tonsilnya juga bengkak. Lepas sedikit discussion dengan doktor dapat persetujuan untuk hantar Aisya ngan Haikal jumpa specialist hari jumaat nanti.

Sementara tu life akan sedikit berubah macam masa Haikal kena lelah dulu semuanya nak kena jaga, nak kena bersih. ingatkan bila Haikal dah sembuh about setahun lepas kami boleh hidup macam org lain. Rupanya tak.. tak apalah ini ujian untuk kami semua… kami redha.. cumanya hati ni sayu sangat lebih2 lagi bila terpaksa usung anak2 ni malam2 hari g klinik untuk sedut. Masa abang Haikal dulu memang teruk, hopefully Aisya tak sampai tahap tu… apa2 pun kami kenalah berjaga2 bermula dari sekarang.

Sesungguhnya Allah itu amat menyayangi kami, DIA tidak beri kami peluang untuk terleka… adat manusia ni masa senang dia akan lupa segalanya termasuklah kepadaNYA. Tapi bila berdepan dengan masalah baru nak ingatkan Allah. semoga kami tidak termasuk dalam golongan itu. Amin

15 February 2009 - Posted by Abu Haikal | Anak-anakku | , , | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment